Sebelum pembentukan Malaysia, Sabah adalah sebuah Negara yang merdeka, dan 31 Ogos 2012 ini Sabah akan menyambut Hari Kemerdekaanya yang ke 49 tahun. Sebagai anak Sabah yang merdeka, marilah kita rayakan tarik keramat itu dengan versi Sabah beramai-ramai.
Pembentukan Malaysia pada 16 September, 1963 adalah dengan berberapa rundingan demi rundingan sehingga terbentuknya PERKARA 20 iaitu asas bagi Perjanjian Malaysia 1963 bagi menjamin keselamatan dan hak-hak Sabah sebagai sebuah Negara tidak akan terjejas. Malangnya setelah Malaysia terbentuk maka bermulalah detik sejarah hitam melanda Sabah.
Jaminan-jaminan dan persetujuan dalam PERKARA 20 sedikit demi sedikit dicemari dan dihapuskan. Kementerian-kementerian seperti kesihatan dan pendidikan dimansuh, pemborneosasian tidak dilaksanakan, tarif kewangan dan pembangunan Negara Sabah yang harus didalam kuasa Negara Sabah dilanggar, status Sabah sebagai sebuah Negara diturun tarafkan dan disamakan dengan negeri-negeri dalam wilayah malaya. Hasil minyak Sabah disedut ke malaya untuk membiayai pembangunan malaya, pendapatan cukai semua masuk kantung malaya.
Malang bagi Negara Sabah bila Ketua Negara Sabah diturunkan tarafnya dari Yang Di Pertua Negara kepada Yang Di Pertua Negeri. Boleh dikatakan PERKARA 20 dan Perjanjian Malaysia sudah tidak ujud lagi. Sabah telah dijajah oleh malaya. Ketua Menteri Sabah dilantik dan perlu persetujuan dari malaya, pemimpin-pemimpin Sabah hanya sebagai rubber stamp dan pak turut, tidak boleh buat keputusan sendiri untuk rakyat dan Negara Sabah.
Malaya kalau boleh kuasa imigresen pun dia mansuhkan, dan malaya telah beberapa kali cuba untuk memansuhkanya melalui kuda tungganganya di Sabah, namun rakyat Sabah terus membantah. Bagaimana pun malaya terus mengguris hati dan perasaan Anak Sabah bila pendatang-pendatang tanpa izin dari Indonesia dan lain-lain negara di rekrut untuk dijadikan warga negara segera Sabah dengan pengeluaran projek I/C yang dibantah oleh rakyat Sabah sehingga sekarang. Penduduk Sabah dulu dominan sekarang sudah minoriti, dan bakal-bakal wakil rakyatnya akan datang akan terdiri dari warisan warga haram yang telah dihalalkan.
Ayuh Anak Sabah mari bersatu, dengan penyatuan kita, saya yakin dan percaya kita boleh mengalahkan musoh kita parti-parti penjajah dari Malaya. Mari bersatu kita dibawah Panji STAR/UBA. Halau balik parti penjajah ketempat asalnya malaya. Kota bukan anti malaya tapi kita mahu PERKARA 20 dan Perjanjanjian Malaysia 1963 dihormati. Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia. Kalau bukan kita siapa lagi.. Kalau bukan sekarang bila lagi.. Ini kali lah !
Mudah-mudahan akan terbukalah mata hati anak bangsa kita betapa sudah lama kita di perbodohkan... dan sudah sampai masanya kita kembalikan Hak serta Maruah SABAHAN pada anak2 SABAH... INI KALI LA....
ReplyDelete